Friday, October 26, 2007

DEFINISI DAN KONSEP

Keadaan bencana di sekitar bandar Kota Tinggi

Definisi Bencana.



Terdapat banyak definisi menenai bencana. Ianya bergantung kepada pandangan, persepsi dan latar belakang saintifik atau pekerjaan orang yang mendefinisikannya. Bagaimanapun, kebenyakannya akan menjurus kepadalemen yang sama, tetapi justifikasinya mengikut disiplin masing-masing. Wartawan menerangkannya dengan cara yang sensasi: menekankan teragedi manusia. Agen Insuran menekankan penilaian risiko. Doctor pula memberi perhatian kepada kecederaan dan kehilangan nyawa. Secara ilmiah, Carter (tiada tarikh) mendefinisikan bencana sebagai, satu unsur kejadian, semulajadi atau perbuatan manusia, secara tiba-tiba dan beransur-ansur, dengan dampak yang kuat yang membuatkan komuniti terbabit bertindak balas dengan mengambil langkah-langkah yang luar biasa. Pada peringkat institusi, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu telah mendifinisikan bencna alam kepada bencana yang diakibatkan oleh gempa bumi, rebut taufan, banjir, tanah runtuh, letupan gunung berapi, kebakaran hutan dan lain-lain yang dihasilkan oleh alam semulajadi.

Dalam konteks pengurusan, ada yang berpandangan kebanyakan daripada definisi bencana mempunyai satu kekurangan satu kekurangan. Ia gagal menimbangkan dampak bencana sebagai sebahagian daripada bencana itu, seolah-olah masyarakat berfungsi tanpa mekanisme tindak balas (in-built rective mechanism) dan bantuan antarabangsa adalah satu-satunya cara pemulihan terpenting (Albala, B. 1993). Berdasarkan pandangan itu, definisi bencana wajar mempertimbangkan dampak negative yang menggugat kehidupan dan kebajiakn manusia. Sebagaimana yang berlaku di Kota Tinggi (banjir teruk) sehingga mengakibatkan dampak negative kepada masyarakat secara berpanjangan, yang pada normalnya tidak dipanggil bencana, boleh dianggap sebagai bencana apabila menggugat kehidupan manusia.

No comments: